Maktab Pengajian Islam atau Islamic Education College(nama dalam
Bahasa Inggeris) dan Maahad Ad-Dirasah Islamiah(nama dalam Bahasa
Arab) merupakan sebuah sekolah menengah ugama dibawah naungan
Yayasan Islam Kelantan(YIK). MPI terletak di Jalan Long Yunus, 15200
Kota Bharu, Kelantan
(LIHAT
PETA).
Wajah Terbaru Block C Maktab Pengajian Islam
Maktab Pengajian Islam ditubuhkan pada 17 Januari 1959 dengan
menumpang di bawah bumbung Maahad Muhammadi Jalan Merbau, Kota
Bharu.Pada permulaan penubuhan Maktab ini dinamakan “Maktab
Perguruan Islam”.Maktab ini ditaja oleh “Persatuan Guru Agama
Kelantan”(PEGERAK).Persatuan ini dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz
Haji Hassan bin Haji Idris.Setelah Maktab ini beroperasi selama 6
bulan barulah dirasmikan oleh Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan, bilangan (6) dalam mawas
26/59 bertarikh pada 1 September 1959 dengan tenaga pengajarnya 7
orang.